Terkejut saya membaca akhbar yang lepas. Terpampang begitu besar tentang ketidakwarasan orang zaman sekarang ni. Sebelum ni memang banyak disiarkan berita orang dera anak, dera amah, dan macam-macam jenis dera lagi.. tapi kali ni memang betul-betul klimaks la pada saya.

Isu cemburu ni. Orang selalu kata, kalau cemburu tu tandanya sayang. Tapi kalau dh cemburu sampai sanggup berbunuhan ni, apa pulak ceritanya?

Sebelum ni pun memang kita ada dengar cerita orang simbah asid kepada suaminya, simbah asid kepada isterinya sehingga isterinya meninggal.. tapi itu kebanyakannya melibatkan generasi yang lebih muda, yang jelas memerlukan lebih banyak bimbingan.

Tapi kali ni, orang yang dah berumur pula yang buat kerja. Dah la tu, berketayap lagi. Masya-Allah.. Malunya saya sebagai seorang Muslim. Apakah ini tandanya bahawa masyarakat kita makin runtuh nilai akhlaknya, nilai moralnya?

Pada mereka yang bersikap macam ni, seolah-olah setiap tindakan tidak perlu difikirkan terlalu panjang. Kalau rasa nak buat, buat aje. Apa-apa akibat selepas itu, barulah nak fikir kemudian.

Dia tak tahu ke yang dia bukan kena jawab kat dunia je, tapi di akhirat esok, lagi teruk dia kena. Astaghfirullahalazim…